Thursday, April 06, 2006

Bara-Abdul Rahim Awang

Bacaan seusia untuk mereka yang minat baca novel melayu but need sth scandalous for a change.
Sekiranya anda seorang yg suka bercintan cintun, kau kejar aku, aku kejar kau, forget abt reading this novel...

Kisahnya byk berkisar ttg keterlampauan dari segi keinginan.
What you can expect from the story - naluri dendam, keganasan, gangsterism and a bit love...

Bahasanya mudah dan tidak berbunga.
Overall, boleh lah..

p/s : Ada orang kata Ego-Abdul Rahim Awang lebih thriller dari Bara.. Belum baca, I cannot comment anything..

Rinduku di Angin Lalu-Norisah A Bakar

Semalam dapat..hari ni dah habis baca...
Cerita dia best la...Jarang baca novel yg background scene dia di Spore..
Cerita Melayu singapore la ni gamaknya..


Watak penting :
Zahin,Raihah,Hamzah,Marini


Sinopsisnya begini...
Aku mencintaimu...menyayangimu dgn sepenuh hatiku.Namun menerima khabar dirimu telah dimiliki,haruskah aku mengganggu kebahagiaanmu lagi? Perlukah aku melampiaskan rasa marah dan dendamku pada sahabat yang telah mengkhianati erti persahabatan sejati? Atau mencari gadis lain yang lebih baik..yang setia dan mampu memberikan aku cinta yang suci. Yang kini berada di depan mata...yang saban waktu dapat kuintai hatinya..yang saban hari mencuri pandangan dan menerbitkan rindu dendam.
Kenapa harus menafikan hati sendiri?Kenapa perlu ditolak perasaan sayang yang datang bertandang? Seperti kau, aku kira setiap insan mempunyai hak dan alasan di dalam menentukan pilihan...kerana cinta datangnya bukan sesuatu yang boleh dirancang.Kerana kuasa cinta mampu menumbangkan kubu keegoan walau dipancang dengan dalam.

Lalu Zahin beralih sayang..dia tak perlu mengecewakan Raihah,kekasihnya hanya kerana cinta silam tak kesampaian. Dia perlu berpijak di bumi nyata.Marini bukan miliknya lagi.Walau Marini meninggalkannya dengan seribu cerita menyedihkan,,walau Marini pergi dengan seribu satu alasan.Marini bukan siapa-siapa padanya lagi.Marini telah dimiliki lelaki bergelar suami. Lalu perlukah direbut kisah silam yang telah menjadi sejarah?Kerana sejarah hanya untuk dikenang,bukan diulang.Walau sesekali dia begitu rindu untuk menjejaki memori cinta itu..dan sesekali itu,dia bagai tak mampu untuk menghindarinya..


Abt the writer :
Never heard anything abt her before.. Her work is published by Creative Enterprise.
Gaya penulisannya ringkas .. Mudah difahami dan tak melalut merapu dengan bahasa pasar.
Kesinambungan ceritanya juga rapi..Cuma ada sekali sekala, bahagian tertentu yang rasanya penting tidak digarap dengan detailed..But she didn't failed to enlighten me with the story..